Memaparkan catatan dengan label Popia Goreng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Popia Goreng. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Mac 2009

Popia Goreng















Bahan-bahan:
  • Kulit popia
  • tauge
  • kacang peas
  • udang kering
  • sengkuang
  • lobak merah
  • garam, msg secukup rasa
  • bahan pelekat kulit popia, boleh guna putih telur atau bancuhan tepung kanji

Cara-cara:

  • Parut sengkuang dan lobak merah
  • Tumis semua bahan untuk inti sehingga masak
  • angkat inti. isi inti ke dalam kulit popia, gulung dan sapu putih telur atau bancuhan tepung kanji untuk melekatkan kulit popia agar tidak terbuka semasa menggoreng
  • goreng popia sehingga kekuningan dan angkat
  • siap untuk dihidang

P/S: sesuai dihidang bersama sos. cara membuat sos: Tumbuk 3 biji cili merah(besar) dengan 2 ulas bawang putih. tambahkan sedikit gula dan garam