Ahad, 10 Mei 2009

Sayur Asam batang keladi


















Bahan-bahan:
  • 150gm ikan pari masin (rendam 30minit)
  • 2 pokok keladi minyak (yang tidak gatal)
  • 2 ulas bawang putih *
  • 6 ulas bawang merah *
  • 3 biji cili merah *
  • 1 inci kunyit *
  • 1/2 cawan ikan bilis yang direndam *
  • 1/2cm belacan *
  • 1 sudu asam jawa (rendam dengan 1/2 cawan air)
  • daun kesum, minyak, gula dan garam
p/s: kisar semua bahan yang bertanda *

cara buat:
  • buang kulit batang keladi dan dipotong-potong. masukkan isi keladi bersama 2 asam keping dan garam, rebus hingga masak
  • masukkan batang keladi, masak 1 minit, toskan
  • panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar*, masukkan ikan pari masin dan goreng 1-2 minit
  • masukkan air 500ml, masukkan isi dan batang keladi, daun kesum dan jus asam jawa tadi
  • letak garam dan gula, hidang (boleh makan dengan sambal belacan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan