Memaparkan catatan dengan label Kuih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih. Papar semua catatan

Ahad, 3 Mei 2009

Kuih Tart Telur














Bahan2 kulit:
  • 500gm tepung gandum
  • 1 1/2 cawan marjerin
  • 1 sudu besar lemak sayur/ crisco
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji telur
Filling kastard/isi tard:
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air biasa
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu teh vanila esen
  • sedikit pewarna kuning
cara buat:
1. Kulit:
  • gaul semua bahan kecuali telur
  • kemudian masukkan telur dan gaul rata
  • canai 1/2cm,terap bulat dan letak kulit tart acuan mangkuk kecil yang sudah disapu mentega/marjerin
  • tekan guna garfu untuk hilangkan gelembung
  • bakar lebih kurang 10 minit
  • keluarkan dan tuang adunan kastard telur kemudian bakar lagi selama 5 minit
  • sejukkan dan hidang
2. Filling kastard: gaul semua bahan sehingga sebati dan tuang ke dalam kulit kastard yang separuh masak.

Sabtu, 2 Mei 2009

Pau Ayam (versi melayu)














Bahan-bahan:
  • 500gm tepung pau/tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil yis mauripan
  • 2 sudu besar shortening
  • 250gm air suam
untuk inti:
  • 300gm isi ayam dipotong kecil
  • 3 biji kentang dipotong dadu
  • 1 biji lobak merah dipotong dadu
  • 2 sudu besar kari ayam, garam dan gula
  • 2 ulas bawang putih dan bawang merah
cara buat:
  • gaul semua bahan-bahan kecuali air
  • kemudian masukkan air sedikit demi sedikit
  • uli tepung hingga licin (tidak melekat di tangan)
  • tutup kain lembab, biar kembang 2x ganda
  • tumbuk adunan dan bahagi menjadi adunan kecil
  • bulat-bulatkan dan masukkan inti
  • lapik adunan atas daun pisang atau kertas
  • biarkan adunan tadi kembang/naik
  • panaskan kukusan
  • masukkan adunan dan kukus lebih kurang 10 minit/ sehingga masak
  • siap untuk dihidang
cara buat Inti:
  • panasakan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih
  • masukkan kari yang telah dibancuh dan masukkan isi ayam, kacau
  • masukkan kentang, garam, lobak merah dan air
  • biarkan mendidih dan menjadi pekat
  • masak hingga lembut

Kuih Tepung pelita













Bahan-bahan:
  • 1 bungkus tepung beras
  • 1 cawan gula halus
  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • 5 cawan air panas
  • 1/2 cawan jus pandan
  • sedikit garam
  • daun pandan/pisang untuk acuan. (sebagai alternatif, boleh guna bekas/container kecil)
cara buat:
  • bancuh 1 cawan tepung beras campur santan dan garam menjadi bahan A
  • bancuh tepung yang lebih dengan air panas campur jus pandan menjadi bahan B
  • buat acuan dari daun pisang atau pandan menjadi acuan 4 segi
  • panaskan air kukusan, apabila mendidih, susun acuan atas dulang, masukkan 1 sudu teh gula ke dalam setiap acuan
  • tuang bahan B ke dalam acuan dan kukus hingga beku
  • setelah bahan B beku, tuang bahan A ke atasnya dan kukus sehingga masak
  • siap..

Mini Donut












Bahan-bahan:
  • 400m tepung gandum
  • 300gm gula halus
  • 250gm mentega
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • coklat cair dan rice buble (berwarna-warni)
Cara Buat:
  • Ayak tepung, kemudian masukkan gula halus, telus, garam dan mentega, gaul dan uli menjadi sebati dan rata
  • canai adunan setebal 3cm
  • terap guna acuan gegelang/donut
  • susun donut atas dulang pembakar
  • bakar hingga masak lebih kurang 8-12 minit
  • sejukkan kemudian celup sebahagian biskut dalam coklat cair
  • tabur rice buble yang bewarna-warni ke atas salutan coklat
P/s: anda boleh hias mengikut kreativiti masing-masing

Sabtu, 7 Mac 2009

Popia Goreng















Bahan-bahan:
  • Kulit popia
  • tauge
  • kacang peas
  • udang kering
  • sengkuang
  • lobak merah
  • garam, msg secukup rasa
  • bahan pelekat kulit popia, boleh guna putih telur atau bancuhan tepung kanji

Cara-cara:

  • Parut sengkuang dan lobak merah
  • Tumis semua bahan untuk inti sehingga masak
  • angkat inti. isi inti ke dalam kulit popia, gulung dan sapu putih telur atau bancuhan tepung kanji untuk melekatkan kulit popia agar tidak terbuka semasa menggoreng
  • goreng popia sehingga kekuningan dan angkat
  • siap untuk dihidang

P/S: sesuai dihidang bersama sos. cara membuat sos: Tumbuk 3 biji cili merah(besar) dengan 2 ulas bawang putih. tambahkan sedikit gula dan garam


Kuih Batang Buruk













Bahan-bahan:
  • kulit popia 1 bungkus
  • 2 sudu besar gula
  • 4 sudu besar nestum
  • 6 sudu besar susu tepung (milk powder)

cara-cara:

  • potong 4 atau 3 setiap sekeping kulit popia
  • gulung gunakan straw atau chopstick (yang orang cina guna untuk makan), boleh juga gulung pakai tangan.
  • goreng kulit popia yang telah digulung sehingga kekuningan, jangan sampai hangus
  • biar sejuk
  • kisar nestum, gula dan susu tepung tadi
  • gaulkan popia oreng dengan bahan yang dikisar tadi. Siap untuk dihidang

hhmm sangat senang...dan berbaloi. suka buat hidangan ini, tidak perlu banyak bahan dan tenaga. paling penting ...penyediaanya tidak rumit

Yang saya tidak faham kenapa dipanggil batang buruk? nampak buruk ka? ....

Biskut batik

















Bahan-bahan:

  • 1 bungkus biskut marries
  • 3 sudu marjerin
  • 2 1/2 cawan milo
  • 1/2 tin susu cair
  • 200 gm gula

cara-cara:

  • campu milo, susu cair dan gula ke dalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang perlahan
  • sentiasa kacau sampai gula cair kemudian tutup api dan letak tepi
  • panaskan marjerin hingga cair dan biarkan sehingga suam
  • setelah marjerin suam, masukkan campuran coklat tadi, gaul sebati
  • susunkan biskut marry satu lapis dalam bekas dan tuang satu senduk cecair tadi ke atas biskut
  • ulang cara ini sehingga biskut dan cecair coklat habis
  • simpan dalam peti ais sebentar, kemudian keluarkan, tekan dan ratakan agar ia padat, masukkan kembali ke dalam peti ais
  • setelah beku, sejuk. potong kecil-kecil untuk dihidang

p/s : Masa study, kalau ada acara makan bersama dengan kawan-kawan, masing-masing menyumbangkan 1 resepi, dan resepi ini mengingatkan saya dengan seorang kawan juga senior saya dari Kota Belud, setiap kali ada acara, dia mesti menyediakan hidangan ini. hehe...dia cakap senang buat.

Kek coklat kukus

t












Bahan A (campur dan kacau sebati)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 1 cawan butter cair
  • 2 cawan gula perang

Bahan B (ayak)

  • 2 cawan tepung superfine
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil bakinh powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan C (kacau rata)

  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh vanila esen

Bahan untuk krim coklat :

  • 250gm cooking chocolate
  • 1 sudu besar cocoa butter

Cara-cara:

  • Panaskan kukusan, kacau semua bahan A
  • Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan kacau, masukkan bahan C dan kacau rata
  • sapu loyang dengan minyak dan masukkan adunan
  • kukus selama 1 jam dengan api sederhana
  • selepas masak, keluarkan dan hias dengan krim coklat

P/s : cara buat krim coklat, hiris cooking chocolate dan cairkan bersama cocoa butter secara double boiler (masukkan coklat hiris bersama cocoa butter ke dalam bekas tahan panas dan masukkan bekas tadi ke dalam kuali berisi air mendidih ) biar coklat cair dan pekat, kemudian sapu ke atas kek.

Karipap ayam















Bahan-bahan:
  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 sudu besar lemak sayuran /marjerin atau minyak panas
  • 5 biji ubi kentang
  • 1 paket kari daging
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ketul isis ayam (dada) - potong dadu
  • sedikit kayu manis, halia, gula, garam dan msg (ajinomoto)

Cara-cara:

  • Uli tepung bersama lemak sayuran dan garam sehingga menjadi doh untuk dicanai
  • Buat inti

Cara buat inti:

  • potong kentang dan ayam
  • panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan kayu manis yang telah ditumbuk (serbuk kayu manis)
  • bancuh kari dan masukkan ke dalam tumisan
  • masukkan kentang, ayam, gula, garam dan msg
  • masak hingga kentang lembut dan pekat atau kering

Sedia untuk buat karipap: gunakan acuan karipap.

Fungsi lemak sayuran adalah untuk merangupkan karipap, boleh juga gunakan marjerin. Dengan bahan-bahan di atas, 20 biji karipap dapat disediakan.

Puding roti caramel















Bahan A:
  • 1/2 cawan gula- dicairkan dalam loyang kukus (cara cairkan gula-panaskan pada api sederhana, biar cair dan mejadi keperangan)

Bahan B:

  • 1 buku roti atau 10 keping roti
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur
  • 1 tin air buah (fruit coktail) atau boleh juga sirap buah seperti laici
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu besar tepung kastard

P/s: 1 Tin buah koktail untuk hiasan jika suka

cara-cara:

  • Panaskan tempat kukus
  • gaulkan semua bahan B kecuali fruit coktail dan tapis
  • masukkan bancuhan ke dalam loyang kukus yang berisi gula cair tadi
  • tutup loyang dengan plastik glaze nipis
  • kukus selama 30 minit
  • sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan
  • susun buah (fruit coktail) di atasnya dan hidangkan

Biskut tart nenas gulung










Bahan A:
  • 1kg tepung gandum
  • 1 bungkus buttercup
  • 2 biji telur
  • 2 biji kuning telur untuk disapu
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu teh esen nenas
  • marjerin (untuk lembutkan doh)

Bahan B;

  • 1 biji nenas
  • 1 1/2 cawan gula
  • sehelai daun pandan

Cara-cara:

  • gaulkan semua bahan A sehingga menjadi doh yang lembut
  • Masak semua bahan B sehingga pekat dan sejukkan
  • masukkan doh dalam acuan tart dan tekan kemudian letakkan jem nenas di atasnya kemudian gulung
  • sapu kunin telur di permukaan biskut
  • bakar hingga masak
  • siap untuk di hidang