Memaparkan catatan dengan label Dessert. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dessert. Papar semua catatan

Isnin, 11 Mei 2009

Dadih strawberry

















bahan-bahan:
  • 1 liter air
  • 1 liter susu segar / susu perasa strawberry (dalam kotak)
  • 11gm serbuk agar-agar (2 sudu besar)
  • secubit garam
  • 1 cawan gula (tidak diperlukan jika menggunakan susu strawberry)
  • perasa strawberry (tidak diperlukan jika guna susu strawberry)
Cara buat:
  • masak air dan gula hingga cair
  • masukkan susu, serbuk agar-agar dan secubit garam serta perasa strawberry, panaskan hingga mendidih dan kacau sebati
  • tutup api dan tapis dalam bekas-bekas kecil/acuan
  • sejukkan dalam peti ais

Sabtu, 9 Mei 2009

Ais Krim Tiramisu Koko














Bahan-Bahan:
  • 1 bungkus biskut merie
  • perasa coklat
  • 250gm cream cheeze
  • 1 Liter whipping cream
  • gula
  • air bancuhan koko pekat/coklat
  • serbuk koko untuk hiasan
cara buat:
  • Satukan cream cheeze, whipping cream dan gula, pukul hingga kembang
  • celup biskut ke dalam bancuhan koko/coklat dan susun dalam bekas/acuan
  • letak 1 lapisan krim yang dipukul tadi
  • ulang hingga 3 lapisan
  • bila semua bahan habis, sapu rata bahagian atas dan taburkan serbuk koko di atasnya
  • bekukan dalam peti sejuk/freezer

Khamis, 7 Mei 2009

Ais Krim Strawberry


















Bahan-bahan:
  • 300gm buah strawberry
  • 2 cawan yogurt perasa asli/ plain yogurt
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 sudu besar madu (alternatif gula)
cara buat:
  • Hancurkan strawberry, tidak perlu terlalu halus, biar kasar sedikit
  • campur strawberry dengan semua bahan-bahan lain
  • bekukan dalam freezer
  • setiap 1 jam, kacau ais krim sehingga agak beku dan biarkan beku
p/s: untuk cepat beku, masukkan ais krim ke dalam bekas logam/tin

Selasa, 5 Mei 2009

Karamel/ caramel



















Bahan-bahan:
  • 5 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh vanila esen
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar gula (masukkan dalam telur)
cara buat:
  • masukkan gula pasir ke dalam kuali dan panaskan dengan api perlahan
  • kacau gula hingga cair dan menjadi perang(karamel)
  • angkat karamel dan masukkan ke dalam loyang
  • masukkan telur dan gula ke dalam susu cair, putar hingga sebati dan masukkan esen vanila
  • Tuang ke dalam loyang yang berisi karamel tadi
  • bakar atau kukus sehingga masak
  • sejukkan dan hidang
P/s: boleh letak kismis atau potongan buah ke dalam adunan dan boleh juga dimakan bersama roti

Isnin, 4 Mei 2009

Ais krim Coklat (Home made)


















Bahan A:
  • 2 biji kuning telur
  • 1 biji telur
  • 140gm gula kastor
Bahan B:
  • 250ml susu penuh krim
  • 60gm seruk koko
Bahan C:
  • 400gm non dairy whipping cream ( krim putar bukan tenusu dalam kotak yang untuk kek)
  • 1 sudu kecil vanila esen
cara buat:
  • pukul bahan A hingga putih dan berkrim
  • panaskan susu hingga mendidih dan masukkan serbuk koko, kacau hingga sebati (bahan B)
  • tuang adunan susu dan koko ini ke dalam adunan telur dan sejukkan
  • putar whipping cream hingga kental dan gebu
  • masukkan whipping cream ke dalam adunan tadi yang telah disejukkan dan gaul sebati
  • tuang ke dalam bekas/ kontena plastik dan simpan dalam freezer 1 malam

Ahad, 3 Mei 2009

Kuih Tart Telur














Bahan2 kulit:
  • 500gm tepung gandum
  • 1 1/2 cawan marjerin
  • 1 sudu besar lemak sayur/ crisco
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji telur
Filling kastard/isi tard:
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air biasa
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu teh vanila esen
  • sedikit pewarna kuning
cara buat:
1. Kulit:
  • gaul semua bahan kecuali telur
  • kemudian masukkan telur dan gaul rata
  • canai 1/2cm,terap bulat dan letak kulit tart acuan mangkuk kecil yang sudah disapu mentega/marjerin
  • tekan guna garfu untuk hilangkan gelembung
  • bakar lebih kurang 10 minit
  • keluarkan dan tuang adunan kastard telur kemudian bakar lagi selama 5 minit
  • sejukkan dan hidang
2. Filling kastard: gaul semua bahan sehingga sebati dan tuang ke dalam kulit kastard yang separuh masak.

Sabtu, 2 Mei 2009

Kuih Tepung pelita













Bahan-bahan:
  • 1 bungkus tepung beras
  • 1 cawan gula halus
  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • 5 cawan air panas
  • 1/2 cawan jus pandan
  • sedikit garam
  • daun pandan/pisang untuk acuan. (sebagai alternatif, boleh guna bekas/container kecil)
cara buat:
  • bancuh 1 cawan tepung beras campur santan dan garam menjadi bahan A
  • bancuh tepung yang lebih dengan air panas campur jus pandan menjadi bahan B
  • buat acuan dari daun pisang atau pandan menjadi acuan 4 segi
  • panaskan air kukusan, apabila mendidih, susun acuan atas dulang, masukkan 1 sudu teh gula ke dalam setiap acuan
  • tuang bahan B ke dalam acuan dan kukus hingga beku
  • setelah bahan B beku, tuang bahan A ke atasnya dan kukus sehingga masak
  • siap..

Selasa, 10 Mac 2009

Vanilla ice cream















Bahan A:
  • 4 biji kuning telur
  • 90gm gula kastor

Bahan B:

  • 250ml susu full cream
  • 1 sudu teh vanila esen

Bahan C:

  • 300gm non dairy whipping cream (boleh beli di pasaraya, di giant mesti ada :D)

Cara-cara:

  • Pukul bahan A (gunakan pemutar) sehingga putih berkrim
  • masak susu sehingga mendidih dan campurkan bahan A tadi, kacau sebati. biarkan sejuk
  • kemudian masukkan vanila esen
  • Pukul/putar non dairy whipping cream hingga gebu dan masukkan ke dalam adunan di atas
  • gaul adunan sehingga sebati kemudian tuang dalam acuan
  • simpan dalam peti ais selama 1 malam (hingga beku)

Boleh sudah makan ais krim vanila...hehe

Sabtu, 7 Mac 2009

Ais Krim kacang merah (Home Made)














Bahan-bahan:
  • 270gm coffemate ( creamer)
  • 500ml susu segar
  • 100gm gula halus ( gula kastor)
  • 1 tin kacang merah (boleh didapati di pasaraya atau gunakan kacang merah dalam bungkusan, perlu direbus hingga lembut dahulu)

cara-cara:

  • Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar, kacau guna wisk hingga semua bahan larut dan sebati
  • simpan dalam peti ais, bekukan selama 4 - 5 jam
  • toskan kacang merah, lecek hingga hancur, keluarkan ais krim yang dibekukan tadi dan masukkan ke dalam mixing bowl. Putar dengan kelajuan maximum selama 10 minit hingga ais menjadi gebu dan agak pekat
  • masukkan kacang merah sedikit demi sedikit ke dalam ais krim dan putar lagi selama 1-2 minit. tuang ke dalam acuan dan bekukan selama 8 jam

Kek coklat kukus

t












Bahan A (campur dan kacau sebati)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 1 cawan butter cair
  • 2 cawan gula perang

Bahan B (ayak)

  • 2 cawan tepung superfine
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil bakinh powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan C (kacau rata)

  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh vanila esen

Bahan untuk krim coklat :

  • 250gm cooking chocolate
  • 1 sudu besar cocoa butter

Cara-cara:

  • Panaskan kukusan, kacau semua bahan A
  • Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan kacau, masukkan bahan C dan kacau rata
  • sapu loyang dengan minyak dan masukkan adunan
  • kukus selama 1 jam dengan api sederhana
  • selepas masak, keluarkan dan hias dengan krim coklat

P/s : cara buat krim coklat, hiris cooking chocolate dan cairkan bersama cocoa butter secara double boiler (masukkan coklat hiris bersama cocoa butter ke dalam bekas tahan panas dan masukkan bekas tadi ke dalam kuali berisi air mendidih ) biar coklat cair dan pekat, kemudian sapu ke atas kek.

Puding roti caramel















Bahan A:
  • 1/2 cawan gula- dicairkan dalam loyang kukus (cara cairkan gula-panaskan pada api sederhana, biar cair dan mejadi keperangan)

Bahan B:

  • 1 buku roti atau 10 keping roti
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur
  • 1 tin air buah (fruit coktail) atau boleh juga sirap buah seperti laici
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu besar tepung kastard

P/s: 1 Tin buah koktail untuk hiasan jika suka

cara-cara:

  • Panaskan tempat kukus
  • gaulkan semua bahan B kecuali fruit coktail dan tapis
  • masukkan bancuhan ke dalam loyang kukus yang berisi gula cair tadi
  • tutup loyang dengan plastik glaze nipis
  • kukus selama 30 minit
  • sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan
  • susun buah (fruit coktail) di atasnya dan hidangkan

Home made Chocolate












Bahan-bahan:

  • 300gm cooking chocolate

  • 50gm cocoa butter

  • kekacang (almond/walnut/hazelnut/kismis)

  • acuan coklat

cara-cara:



  • Hiris semua bahan dan masukkan dalam satu bekas yang tahan panas dan tutup

  • letak dalam kuali berisi air dan panaskan sehingga coklat cair (double boiler)

  • tuang coklat cair dalam acuan

  • masukkan beberapa biji kacang atau kismis, gunakan garfu untuk menekan kacang hingga tenggelam

  • sejukkan/ bekukan ( boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk)

  • selepas sejuk boleh keluarkan dari acuan dan hidang

p/s: dulu masa study ada seorang kawan saya suka sangat buat eksperimen coklat, macam-macam jenis coklat dia buat, ada yang sedikit lebih manis dan ada juga yang sedikit pahit, warna pun ada yang cerah dan ada yang terlalu gelap

Isnin, 2 Mac 2009

Puding kelapa muda















Bahan-bahan

10gm serbuk agar-agar
3 mug air biasa
1 cawan gula
2 mug air kelapa
Isi kelapa muda

Cara-cara
1. Masak air campur serbuk agar-agar sehingga mendidih
2. masukkan guna dan biarkan mendidih
3. Tapis dan masukkan air kelapa dengan isi kelapa muda. Kacau rata
4. Masukkan campuran dalam acuan dan sejukkan
5. setelah sejuk, boleh lah dihidangkan.

Selamat mencuba!

Yogurt Homemade









Bahan-bahan

1 quartz susu segar
¼ cawan yogurt perisa asli (starter)
¾ Cawan susu tepung tanpa lemak

Cara-cara

1. satukan susu segar dan susu tepung di dalam satu periuk
2. panaskan ke suhu 100-150°F
3. Apabila hamper mendidih, angkat dan sejukkan dalam bekas berisi air sejuk
Satukan air susu tadi dengan yogurt asli. (Yogurt asli ni boleh dibeli yang ready made di pasar raya sebagai stater kerana is mengandungi bacteria yang akan membiak di dalam susu yang baru)
4. Tuang campuran tadi dalam bekas/ container atau periuk bersih dan simpan di tempat yang hangat selama 6 jam lebih. Boleh juga simpan dalam ove, caranya panaskan oven ke suhu 275°c dan padamkan. Masukkan periuk berisi yogurt campur susu tadi selama beberapa jam.
Setelah yogurt menjadi pekat, simpan dalam peti sejuk

P/s: sangat sesuai dimakan bersama hirisan buah-buahan

Khasiat Yoguart: dikategorikan sebagai minuman kesihatan. perkataan Yogurt berasal dari bahasa turki yang bererti "susu masam". Yogurt ternyata menandungi banyak khasiat, beberapa di antaranya adalah seperti berikut:

1) menghasilkan zat-zat yang diperlukan oleh hati, berguna untuk pencegahan kanser
2) Membantu proses pencernaan
3) Yogurt memiliki gizi yang lebih tinggi berbanding susu segar. Kandungan lemak lebih rendah
4) membantu pertumbuhan.
5) mengandungi kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu. Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.
6) mengurangi kolesterol
7) antikanser dan meningkatkan antibodi.