Sabtu, 7 Mac 2009

Biskut bebola kristal / Biskut Arab















Bahan-bahan:
  • 250gm Tepung gandum
  • 125gm Gula Halus
  • 125gm minyak sapi
  • pewarna merah, hijau dan kuning
  • paper cup

cara-cara:

  • Gaulkan semua bahan sehingga sebati
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian
  • Warnakan setiap bahagian dengan pewarna yang berbeza, bahagian pertama warna kuning, kedua warna merah dan ketiga warna hijau
  • buat bentuk bulat-bulat kecil dan kemudian cantumkan 3 warna
  • masukkan dalam paper cup dan bakar 180ºC selama 20 - 25 minit atau sehingga masak
  • sejukkan dan taburkan gula halus
  • sedia untuk dihidang

5 ulasan:

  1. terima kasih utk resepi tuh..

    kebetulannya br2 nih sewaktu saya balik beraya di Alor Setar, abang saya memberikan kuih ini kpd saya yg diberikan oleh salah seorg kawannya.
    sedap sesangat.

    cuma satu shj pertanyaan saya, adakah kuih ini lembut atau rangup stlh dibakar nnt & adakah ia terlalu manis?. kuih yg diberikan oleh abang saya lembut & tidak terlalu manis. sewaktu berkunjung kerumah terbuka kawan saya 2 mggu lepas, ada juga dihidangkan bebola kristal nih, ttp keras sesangat & terlalu manis..

    BalasPadam
  2. hai Azwane, sepatutnya kuih ni taklah keras sangat, dan ikut selera orang yang buat, kalau yang manis sangat tu mungkin dia letak lebih gula kot. apapun..kurangkan pengambilan gula untuk kesihatan yg lebih baik hehe

    BalasPadam
  3. owh...cantik jgk wrna wrni mcm ni kan

    BalasPadam
  4. Berape bijik boleh dapat?

    BalasPadam
  5. Klu xde minyak sapi bole diganti dgn ape ye?

    BalasPadam