Selasa, 17 Mac 2009

Kueh teow Ladna

















Bahan-bahan:
  • 100gm kue teow
  • 50gm udang
  • 50gm sotong
  • 50gm isi ayam
  • sedikit sayur sawi dan kobis
  • 1 cawan stok daging
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 ulas bawang putih(tumbuk)
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan air
  • 1 biji telur
  • minyak dan garam, sos tiram
p/s: ada sesetengah orang elergik makanan laut, anda boleh tukar udang dan sotong, fishball pun boleh sebagai alternatif

cara-cara:
  • panaskan minyak, goreng kue teow bersama kicap lebih kurang 2 minit, angkat dan ketepikan
  • tumis bawang putih, masukkan sos tiram, sawi, kobis, ayam, sotong, udang, garam dan stok daging
  • masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga mendidih
  • setelah kuah tadi masak, angkat dan tuangkan ke atas kue teow tadi
  • selamat makan :D

3 ulasan:

  1. letak cili api pun bleh juga..pds cket

    BalasPadam
  2. Farah: mantap khann hehe

    Raudhah: yep..letak cili pon ok gak bagi yg suka rasa pedas2 hehe

    BalasPadam