Isnin, 7 September 2009

Ayam Bam-Bam

Bahan-bahan:
1 ekor ayam- dipotong 4
1 biji kelapa - jadikan 2 mangkuk santan
3 helai daun salam
3 helai daun limau purut
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk kisar:
15 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
8 biji buah kemiri
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai
2 cm lengkuas
jika suka sedikit pedas boleh masukkan 3-4 tangkai cili padi

Cara membuat:
  • Ayam dibersihkan,
  • lumurkan dgn sedikit garam.
  • Panaskan minyak, goreng ayam sehingga 3/4 masak.
  • Di dalam periuk, panaskan sedikit minyak, tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak
  • Kemudian masukkan masukkan santan, daun limau purut, daun salam ,garam dan gula secukup rasa
  • Masak hingga kuah menjadi agak pekat.
  • Masukkan ayam, masak hingga empuk.
  • Angkat sedia untuk dihidangkan

1 ulasan:

  1. Lucky Club Casino Site | Get 125 Free Spins
    You can get 125 free spins no deposit on the “Play For Free” slot at Lucky Club Casino luckyclub.live site. If you want to play for free, try the free slots game and win

    BalasPadam