Selasa, 8 September 2009

Dim sum kaki ayam


Whew...ni salah satu makanan kegemaran... hehe

Bahan A:
  • 20 potong kaki ayam
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 200 cc minyak

Bahan B:

  • 2 bunga lawang
  • 1/4 sudu teh lada putih
  • 1 liter air

Bahan C:

  • 4 labu bawang putih, dihiris
  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 1 cm kunyit, dihirs nipis
  • 2 batang daun bawang, potong senget
  • 2 sudu makan tausi, cincang kasar
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap masin
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 1/8 sudu teh serbuk kunyit
  • 150 cc air
  • 1 sudu teh tepung sagu/kanji
  • 1 biji cili merah, buang bijinya, hiris
  • 2 sudu makan minyak

Cara membuat

Bahan A:

  • Bersihkan kaki ayam, buang kuku, kupas kulit luar sampai bersih,
  • lumuri dengan sos tiram hingga rata, biarkan selama 10 menit.
  • Panaskan minyak, masukkan kaki ayam, goreng hingga masak dan berwarna kecoklatan,
  • angkat, lalu masukkan ke dalam air sejuk yang banyak, rendam selama 30 minit, angkat dan toskan

Bahan B:

  • Panaskan air, masak hingga mendidih, masukkan kaki ayam tadi, bunga lawang, dan serbuk kunyit, gaul rata, masak sampai empuk dan kulitnya kembang, angkat, toskan.

Bahan C:

  • Panaskan minyak, masukkan bawang putih, bawang merah, kunyit, dan daun bawang, tumis hingga harum.
  • Masukkan tausi dan kaki ayam tadi, gaul rata,tambahkan sos tiram, kicap masin, garam, gula, serbuk kunyit, dan air, gaul rata, tutup dan masak hingga air tinggal sedikit/pekat.
  • Masukkan cili merah dan tepung sagu yang telah dicairkan dengan sedikit air, gaul rata, masak hingga kuah jadi kental/pekat
  • hidangkan




2 ulasan:

  1. zablina: tausi tu kacang soya yang diawet (salted black beans), nak tau rupa die...cuba google image 'tausi' atau 'salted black beans'

    BalasPadam