Rabu, 9 September 2009

Dim sum Siaomay ayam


Bahan-bahan
Kulit: 40 helai kulit dumpling/wantan, bentuk bulat, diameter 7 cm
Isi:
  • 150 gram udang, kupas, potong kecil bentuk dadu
  • 200 gram daging ayam, cincang
  • 1/2 batang daun bawang, cincang
  • 3 sudu makan water chesnut/bengkuang,
  • cincang 1 biji telur
  • 2 sudu makan tepung maizena
  • 1 sudu makan air kunyit
  • 1/8 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan kicap masin
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu makan air
  • 1 sudu makan minyak

Cara membuat

Isi:

  • campur semua bahan, gaul dengan tangan dalam gerakan satu arah sampai rata dan melekit (4 minit).
  • Ambil sehelai kulit wantan, letakkan 2 sudu teh adunan isi di bahagian tengahnya, genggam dengan tangan, ratakan permukaannya,
  • ulang hingga bahan habis.
  • Panaskan air dalam panci kukus hingga mendidih,
  • masukkan siomay, kukus hingga masak (selama 15 minit), angkat.
  • Biasanya siomay disajikan bersama-sama dengan Sos Cili dan mustard.

5 ulasan:

  1. sukala mkn dimsum ni..lama sdh cari resepi. tq

    BalasPadam
  2. ye...dimsum sememangnya sedap dan disukai ramai. selamat mencuba :)

    BalasPadam
  3. Salam kenal..x pernah buat dim sum ni..sedapnye..

    BalasPadam