Sabtu, 7 Mac 2009

Puding roti caramel















Bahan A:
  • 1/2 cawan gula- dicairkan dalam loyang kukus (cara cairkan gula-panaskan pada api sederhana, biar cair dan mejadi keperangan)

Bahan B:

  • 1 buku roti atau 10 keping roti
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur
  • 1 tin air buah (fruit coktail) atau boleh juga sirap buah seperti laici
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu besar tepung kastard

P/s: 1 Tin buah koktail untuk hiasan jika suka

cara-cara:

  • Panaskan tempat kukus
  • gaulkan semua bahan B kecuali fruit coktail dan tapis
  • masukkan bancuhan ke dalam loyang kukus yang berisi gula cair tadi
  • tutup loyang dengan plastik glaze nipis
  • kukus selama 30 minit
  • sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan
  • susun buah (fruit coktail) di atasnya dan hidangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan