Ahad, 3 Mei 2009

Kuih Tart Telur














Bahan2 kulit:
  • 500gm tepung gandum
  • 1 1/2 cawan marjerin
  • 1 sudu besar lemak sayur/ crisco
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji telur
Filling kastard/isi tard:
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air biasa
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu teh vanila esen
  • sedikit pewarna kuning
cara buat:
1. Kulit:
  • gaul semua bahan kecuali telur
  • kemudian masukkan telur dan gaul rata
  • canai 1/2cm,terap bulat dan letak kulit tart acuan mangkuk kecil yang sudah disapu mentega/marjerin
  • tekan guna garfu untuk hilangkan gelembung
  • bakar lebih kurang 10 minit
  • keluarkan dan tuang adunan kastard telur kemudian bakar lagi selama 5 minit
  • sejukkan dan hidang
2. Filling kastard: gaul semua bahan sehingga sebati dan tuang ke dalam kulit kastard yang separuh masak.

10 ulasan:

  1. tart telur ni tahan brp hari? :)

    BalasPadam
  2. maaflah semua..lama tak jenguk blog ni, sebab sibuk sangat. tak sempat huhu

    izzuan: yep, boleh try resepi ni hehe

    Nor iseini: tak pasti berapa lama leh tahan sebab tak pernah simpan lama2 hehe

    Nur izzati: maaf sebab tak letak secara detail. Bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau sehingga telurnya masak

    BalasPadam
  3. thanks pelangi... nk try msak tuk buah hati.. hrp2 jd

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat mencuba..semoga berjaya ^_^

      Padam
  4. untuk filling tu letak telur kuning je ke?atau semua?..thanx for the recipe

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk filling, letak semua bahan untuk filling seperti telur, susu cair, tepung kastard dan semua yg telah dinyatakan di atas di bahagian 'filling' :)

      Padam
  5. salam pelangi nak tanya nie saya tak berapa faham la yang part canai 1/2cm,terap bulat dan letak kulit tart acuan mangkuk kecil yang suda di letakkan marjerin,,,hehe maaf saya kurang faham ayat nie,,,

    BalasPadam