Khamis, 3 September 2009

Tuhau



Tuhau merupakan makanan tradisi suku kaum Dusun/kadazan disabah..mudah di perolehi di hutan-hutan sabah.Pokok tuhau mempunyai daun yang berwarna hijau dan sederhana lebar. Cara-cara untuk membuat jeruk Tuhau adalah:

BAHAN-BAHAN:

  • tuhau (ikut sukatan/bilangan/kuantiti yang disukai)
  • udang kering(satu bungkus yg harga rm1)- actualy optional, kalau tidak ada udang kering pun boleh
  • limau kapas secukupnya (limau nipis)
  • garam dan ajino moto secukup rasa
  • cili api (mengikut selera anda, jika suka pedas, banyakkan cili padi)
  • bunga kantan yang segar (sebagai hiasan)- Optional..kalau tidak ada pun tidak apa

Caranya:

  • Tuhau di hiris halus atau ditumbuk (boleh blender)
  • Udang kering d tumbuk bersama dgn tuhau
  • masukkan garam, aji no moto(MSG) dan cili api.
  • Gaul sebati, letak dalam mangkuk besar
  • perahkan air limau (boleh juga diganti dengan cuka makan)
  • hirislah bunga kantan halus2 dan gaulkan sekali dlm mangkuk tu.
  • Peramkan sampai 20 minit sebelum d hidangkan.

P/s: Hidang bersama ikan bakar/ikan masin/ikan goreng...huhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan