Isnin, 11 Mei 2009

Dadih strawberry

















bahan-bahan:
  • 1 liter air
  • 1 liter susu segar / susu perasa strawberry (dalam kotak)
  • 11gm serbuk agar-agar (2 sudu besar)
  • secubit garam
  • 1 cawan gula (tidak diperlukan jika menggunakan susu strawberry)
  • perasa strawberry (tidak diperlukan jika guna susu strawberry)
Cara buat:
  • masak air dan gula hingga cair
  • masukkan susu, serbuk agar-agar dan secubit garam serta perasa strawberry, panaskan hingga mendidih dan kacau sebati
  • tutup api dan tapis dalam bekas-bekas kecil/acuan
  • sejukkan dalam peti ais

Ahad, 10 Mei 2009

Sayur Asam batang keladi


















Bahan-bahan:
  • 150gm ikan pari masin (rendam 30minit)
  • 2 pokok keladi minyak (yang tidak gatal)
  • 2 ulas bawang putih *
  • 6 ulas bawang merah *
  • 3 biji cili merah *
  • 1 inci kunyit *
  • 1/2 cawan ikan bilis yang direndam *
  • 1/2cm belacan *
  • 1 sudu asam jawa (rendam dengan 1/2 cawan air)
  • daun kesum, minyak, gula dan garam
p/s: kisar semua bahan yang bertanda *

cara buat:
  • buang kulit batang keladi dan dipotong-potong. masukkan isi keladi bersama 2 asam keping dan garam, rebus hingga masak
  • masukkan batang keladi, masak 1 minit, toskan
  • panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar*, masukkan ikan pari masin dan goreng 1-2 minit
  • masukkan air 500ml, masukkan isi dan batang keladi, daun kesum dan jus asam jawa tadi
  • letak garam dan gula, hidang (boleh makan dengan sambal belacan)

Sabtu, 9 Mei 2009

Ais Krim Tiramisu Koko














Bahan-Bahan:
  • 1 bungkus biskut merie
  • perasa coklat
  • 250gm cream cheeze
  • 1 Liter whipping cream
  • gula
  • air bancuhan koko pekat/coklat
  • serbuk koko untuk hiasan
cara buat:
  • Satukan cream cheeze, whipping cream dan gula, pukul hingga kembang
  • celup biskut ke dalam bancuhan koko/coklat dan susun dalam bekas/acuan
  • letak 1 lapisan krim yang dipukul tadi
  • ulang hingga 3 lapisan
  • bila semua bahan habis, sapu rata bahagian atas dan taburkan serbuk koko di atasnya
  • bekukan dalam peti sejuk/freezer

Jumaat, 8 Mei 2009

Minuman: Soya (home made)














Bahan-bahan:
  • 500gm kacang soya
  • sedikit garam
  • gula
  • daun pandan (optional)
cara buat:
  • rendam kacang soya selama 24 jam
  • basuh dan toskan kacang soya
  • kisar kacang soya bersama air ( 1 cawan kacang soya + 2 cawan air)
  • tapis kacang soya yang dikisar dengan air dengan menggunakan kain kasa/penapis yang digunakan untuk buat teh/kopi. Perah
  • proses mengisar boleh diulang mengikut kepekatan yang diinginkan
  • masak air soya dengan api kecil dan sentiasa kacau, jangan sampai air soya mendidih dan melimpah
  • masukkan daun pandan, secubit garam
  • masukkan gula mengikut selera anda
  • siap untuk hidang panas atau disejukkan

Khamis, 7 Mei 2009

Ais Krim Strawberry


















Bahan-bahan:
  • 300gm buah strawberry
  • 2 cawan yogurt perasa asli/ plain yogurt
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 sudu besar madu (alternatif gula)
cara buat:
  • Hancurkan strawberry, tidak perlu terlalu halus, biar kasar sedikit
  • campur strawberry dengan semua bahan-bahan lain
  • bekukan dalam freezer
  • setiap 1 jam, kacau ais krim sehingga agak beku dan biarkan beku
p/s: untuk cepat beku, masukkan ais krim ke dalam bekas logam/tin

Rabu, 6 Mei 2009

Minuman: Mango Lassi


















Bahan-bahan:
  • perasa mangga dan gula (boleh gunakan jus mangga)
  • yogurt tanpa perasa (plain yogurt)
  • air
  • vanila esen
  • kiub ais
cara buat:
  • masak air dan gula
  • masukkan yogurt, perasa mangga dan esen vanila dalam pengisar kemudian kisar
  • masukkan air gula dan kisar lagi
  • masukkan kiub ais dalam gelas dan tuang mango lassi ke dalam gelas berisi ais. Hidang

Selasa, 5 Mei 2009

Karamel/ caramel



















Bahan-bahan:
  • 5 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh vanila esen
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar gula (masukkan dalam telur)
cara buat:
  • masukkan gula pasir ke dalam kuali dan panaskan dengan api perlahan
  • kacau gula hingga cair dan menjadi perang(karamel)
  • angkat karamel dan masukkan ke dalam loyang
  • masukkan telur dan gula ke dalam susu cair, putar hingga sebati dan masukkan esen vanila
  • Tuang ke dalam loyang yang berisi karamel tadi
  • bakar atau kukus sehingga masak
  • sejukkan dan hidang
P/s: boleh letak kismis atau potongan buah ke dalam adunan dan boleh juga dimakan bersama roti