Ahad, 21 Jun 2009

Jeruk Bambangan


pheww...ni lagi kesukaan rakyat sabah ni terutama suku kaum kadazandusun....jeruk bambangan. cuba lah ..memang sedap sehingga menjilat jari ni


Bahan-Bahan :


  • 5 biji buah bambangan -buang kulit dan hiris isi buah bambangan

  • 4 biji bambangan (biji sahaja)- diparut

  • Garam secukup rasa
Cara Menyediakan :
  • Isi Buah Bambangan dihiris
  • campur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam.
  • isi dalam botol dan tutup ketat. boleh tahan lama. dalam beberapa hari sudah boleh dimakan...
beliur pula...
p/s: gambar saya ambil dari google, belum ada gambar yang saya sendiri ambil, belum sempat gamdar..dah habis masuk perut kekekeh

Sabtu, 20 Jun 2009

Kerepek Bayam


Bahan-bahan:

  • 1 ikat daun bayam hijau yang segar dan besar - basuh dan toskan.
  • 150gram Tepung beras
  • 150gram Tepung jagung
  • 1 sudu besar jintan manis - Dikisar halus
  • 1 sudu besar jintan putih - Dikisar halus
  • 1 sudu besar ketumbar - Dikisar halus
  • 4 ulas bawang putih- dikisar
  • Segenggam udang kering (optional)- dikisar
  • 1 biji telor
  • 1 sudu besar air kapur
  • 1 kotak kecil santan segera
  • Air untuk bancuhan adunan
  • Garam dan minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  • Campur semua bahan (kecuali daun bayam) , campur air dan kacau sehingga sebati
  • Jika adunan terlalu pekat tambah air begitu sebaliknya jika cair tambah sikit tepung.
  • Celup daun bayam kedalam adunan dan goreng dgn api yg perlahan.

Siap...boleh makan keropok Bayam..nyum-nyum

Jumaat, 19 Jun 2009

Manok/ayam pansoh 2

ni lagi....resepi ayam pansuh juga tapi cara buat agak berlainan, pilihlah mana yang lebih sesuai dengan anda, dapat dari orang lain, tidak ingat sudah. cuba lah...nampak sedap..mmm..

Bahan-bahan:
  • Seruas buluh lemang
  • 1/2 ekor ayam dipotong 10
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merahSebiji cili besar
  • Garam dan sedikit serbuk perasa
  • Secekal pucuk ubi diramas.
  • 1/2 cawan air

Cara-cara:

  • Sediakan bara api (Seperti membakar lemang)
  • Bersihkan buluh
  • Bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat
  • Bersihkan ayam
  • Gaul ayam dengan cili besar, bawang putih, bawang merah, garam, serbuk perasa dan pucuk ubi.
  • Pastikan rasa garamnya bersesuaian dengan selera anda.
  • Masukkan bahan yang telah digaul tadi ke dalam buluh.
  • Jangan hentak buluh.Masukkan air.Tutup muncung buluh dengan pucuk ubi.
  • Bakarlah di atas bara api seperti mana kita membakar lemang.Bakarlah sehingga masak.
  • Pucuk ubi yang dijadikan penutup buluh tadi boleh dijadikan ulam atau dimakan bersama Manok Pansuh.

Khamis, 18 Jun 2009

Ayam/manuk pansoh

ni.. makanan tradisional orang sarawak... manuk pansoh

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam -dipotong-potong
  • 2 btg serai - dihiris
  • *6 ulas bwg putih
  • *4 ulas bwg merah
  • *3 buku halia saiz besar
  • 1 kuntum bunga kantan -dihiris
  • 1 ikat daun ubi - digosok2 sekejap dgn tapak tangan
  • garam dan ajinomoti secukup rasa

Cara-cara:

  • Tuskan ayam yang telah dipotong tadi.
  • Tumbuk bahan-bahan yang bertanda *
  • Gaulkan bahan2 yg ditumbuk tadi ke dalam ayam.
  • Masukkkan serai, bunga kantan, garam dan ajinomoto.Gaulkan rata.
  • Biarkan sekejap.(20 mnt)
  • Masukkan ayam ke dalam buluh. Selang-selikan dgn daun ubi yang telah digosok-gosok/ramas tadi. Semasa mengisi ayam tadi, hentakkan buluh tu sikit2 supaya ketulan ayam turun ke bwh.Jangan isi penuh sangat.

  • Tuangkan sedikit air ke dlm buluh tadi dan tutuplah mulut buluh tu dgn daun ubi atau daup pisang yang telah disimpul.

  • Bakarlah selama lebih kurang satu jam.Guna kayu api atau arang paling best.Tapi boleh juga guna dapur gas , cuma kena hati-hati dan sandarkan betul-betul pd dinding.Takut jatuh

P/s: jika suka pedas, boleh tambahkan cili ke dalam ayam pansoh

Selasa, 16 Jun 2009

Hinava Sada (ada juga yang sebut "Salad Ikan")

Ni...resepi kegemaran orang kadazandusun di Sabah termasuk saya...memang best. cuba lahhh...


Bahan-bahan:

  • Ikan tenggiri - buang Tulang, potong dan hiris nipis-nipis
  • 6 ulas bawang merah - dihiris nipis
  • 4-5 biji limau nipis (boleh guna cuka jika tidak ada limau nipis)
  • sedikit halia - dihiris nipis
  • Sedikit Peria (jika suka)
  • garam dan serbuk perasa (msg, ajinomoto) secukup rasa

cara-cara:

  • Gabungkan bawang merah, halia dan peria yang dihiris nipis dengan ikan tenggiri yang juga dihiris nipis
  • perahkan air limau nipis, letak garam dan serbuk perasa, kemudian gaul bersama sehingga sebati

siap..! sangat mudah dan ringkas..tapi hasilnya sangat memuaskan...yummyy!